|
FOREVER DON'T EXIST.
Thursday, July 19, 2012 | 10:47 PM | 0 star
Assalamualaikum. - Pertama sekali, Saya nak mintak maaf untuk semua. Saya tak dapat jadi lebih baik dari dia, Saya tak dapat jadi seperti dia dan saya tak dapat buat awak lupakan dia. Pokoknya semua. - Baru semalam saya dapat dengar suara awak, ketawa dengan awak, nyanyi lagu dengan awak. Dan baru pagi tadi, awak kejut saya pergi sekolah. Baru pagi tadi, awak cakap awak sayangkan saya dan berjanji jangan tinggalkan awak. Apa ni? Awak tahu, hari ni saya rindukan awak. SANGAT. Tapi apa yang awak buat betul betul dah hancurkan hati saya. Dan mungkin, semasa awak beritahu perkara sebenar, saya sedang fikirkan awak sedangkan awak memikirkan cara untuk beritahu saya yang awak masih sayangkan dia. -Sebelum saya terima awak, dah ada 2 lelaki meminta untuk menjaga saya tapi akhirnya? Saya pilih awak. Kenapa saya pilih awak? Sebab kata hati saya kata, percayakan awak. Kenapa perlu berjanji awak takkan tinggalkan saya kalau awak tahu suatu hari nanti memang awak akan tinggalkan saya? Kenapa perlu beritahu saya yang awak sayangkan saya sedangkan tidak? Kenapa awak buang masa saya bercinta dengan orang yang tak pernah sayangkan saya? Kenapa? Kenapa buat saya macam ni. Awak, saya juga punya hati. Saya juga punya perasaan. "AKU TAK KESAH KAU MACAM MANE, AKU TAK PEDULI! YANG PENTING AKU JUST SAYANG KAU SORANG, FOREVER AND EVER:') ONLY YOU THAT I LOVE. I WON'T LEAVE YOU ALONE ♥ ILOVEYOU." - Secara jujurnya, saya dah agak semua ni dari dulu. Mana ada lelaki yang berpegang pada janji? Kalau ada pun, satu dalam seribu. Mana ada lelaki sempurna dalam dunia. Karut. Tapi saya takkan pernah salahkan takdir. Dan saya tidak salahkan awak. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk saya dan awak. Dan mungkin awak bukan jodoh saya. Terima kasih untuk 2 bulan dan 4 hari. Terima kasih kerana berusaha untuk menyayangi saya dalam tempoh 2 bulan 4 hari. Terima kasih kerana awak dah lakukan segalanya buat saya walaupun... ianya sudah berakhir. Saya cuma kesal dengan awak, tidak lebih. Mungkin lepas ni susah bagi saya untuk percayakan janji lelaki semula. Saya mendoakan kebahagiaan awak dan dia, dan saya harap awak juga mendoakan saya untuk bertemu dengan lelaki yang lebih baik. - Segala kenangan kita selama 2 bulan 4 hari ni, saya akan cuba lupakan. Saya cuba walaupun perit. Saya akan cuba. Saya cuma terlalu menyayangi awak. Maafkan saya. - Ada orang pernah berkata, Berterima kasih lah kepada orang yang telah menyakitimu kerana dialah yang mengajarmu erti TABAH. Berterima kasih lah kepada orang tidak mengendahkanmu kerana dialah insan yang memupukmu erti BERDIKARI. Berterima kasih lah kepada orang yang telah menjatuhkanmu kerana dialah orang yang MEMPERHEBATKANmu. Dan, berterima kasih lah kepada orang yang menyeksa hatimu kerana dialah jua yang MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu. - Saya berterima kasih kepada awak. Saya akan rindukan suara awak, ketawa awak, nyanyian awak, lagu kita, semuanya tentang awak :') Saya dah penat luahkan semuanya... hanya disini bersama air mata yang bergelinangan tanpa henti ini menjadi saksi luahan perasaan seorang perempuan yang punyai hati. Saya sayangkan awak. Assalamualaikum. |